Monday, September 26, 2011

idop ku Sebelum nieyh :)



mane aku?mane aku??hehehe jeng2!sape sangka sape menduga, takdir yg menjadikan aku berada d cni :) dulu aku tertanye2 tp skunk ak da tau hikmahnye. betul, ALLAH lebih tau ape yg terbaek utk ummatnye!sungguh!aku bersyukur sgt pernah berada d cni, dr cni ak tau erti KEHIDUPAN!!!!

PenanTian 1 penYeksaan....





hohohoh dunt judge the books by its cover k:)ini bukan kisah cinta yg aku nk share ngn koram..asal menanti je cinta ye??


nononono..huhu uh!penat menanti...dupdapdupdap...
ingat kan da nk kua result JPA tapi..

penantian masih lagi kekal sebagai PENANTIANNNNN!


sabar :)


bak kate PIKA, ALLAH sentiasa bersama org2 yg sabar, INSHAALLAH :)

Wednesday, September 21, 2011

ketakutan melanda.............tulun2!

adoiii!pejam celik pejam celik, sekejap je mase berlalu, x sangka x duga x smpai 24 jam lagi, keputusan JPA nk kua da.adoiiiii! takott!sumpit!ep+excted+takot+nerves=sume bcmpur jd 1.ya ALLAH, tenangkan lah hatiku ni....muge2 sume nye berakhir dgn baek. jika JPA 2 rezeki ku, kurniakanlah utk ku, jika JPA bkn rezeki ku, aku pasti KAU menjanjikan yg lebih baek untuk ku.. amin :)

Tuesday, July 12, 2011

sApe PinGu Ebab nIeyh??????


taraaaaaaaaaaaaaaaa!!ini la aku c PinGu Ebab!hehe aku biase2 jerk n x penah mimpi pon nk jd luar biase.skunk nga stdy lg..lau ad rzki pasni pon nk stdy lg..ape??BF???yeah!soklan cepu cemas d ctu yea.. setakat aini blom ade lagi yg sangkut n aku masih single, available n still searching! ( pelan2 kayuh) ~ kate2 ni lbey kpd sedapkan ati siri.hehehe sape x risau der, umo da manyak ni, mak aku pn sek bising jerk!uh ade la 2..cume lmbt ckit kn?kn?da xde yg suke kt aku, nk wt cena. xpela, t lau da terdesak sgt, ak wt jela banner "MENCARI CALON SUAMI, KEPADA YG MEMENUHI SYARAT2 BERIKUT N BERMINAT SILA ISI BORANG N HANYA CALON YANG SHORTLIST SAHAJA AKAN DI PANGGIL TEMUDUGA..
syarat2 nye ialah :
1. xde harta? xpe, jnji ade ILMU AGAMA
2. xde rupe ? xpe, janji ley wt aku BAHAGIA
3. xde jiwa? xpe, janji ade CINTA utk aku
4. xde keta? xpe, janji sggup BERJALAN bersama aku
5. xde keje?? x bley la, nanti aku nk mkn ape??hehe
eh2!mapu da aku ni...kwang2!huhuhu neway~wtpe nk kalut2, bak kate 'kwn' aku, kalau ade jodoh, x kemana..kn?kn?kn? Tq byk2 coz sudi bace aku dok mapu ni.hehe

Air MAte x SELAMANYE aBadi...


Senyum. Bahagia. Tenang.

Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi.

Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu.

Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali.

Namun, tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya.

Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian 'anggota' manusia, ketidaksempurnaan pula ada 'nama timangan' mereka.

Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering aku kisahkan cerita ini pada mereka yang dirundum kesedihan.

Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah.

Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu 'Semangat Yang Hilang' untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.

Rama-rama bagiku cukup simbolik. Ia lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang.

Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas.

Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi.

Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik.

Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya.

Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri.

Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu.

Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.

Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain.

Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut.

Rama-rama ini berhasil 'di'keluarkan dengan mudahnya.

Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini?

Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup.

Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang?

Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.

Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.

Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata–kata ini sering kita dengar di mana-mana, "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".

Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?

Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku.

Tuesday, March 29, 2011

AKU DAN DIA....




Ouh! Sakit kepala aku hafal benda ni.” Aku mengeluh sendirian. Tak tahu di tujukan kepada siapa. Aku memandang nota undang-undang Hospitaliti dengan perasaan sebal. Pantas mataku singgah pada telefon bimbit di sebelah dengan harapan ada sekeping mesej daripada kawan-kawanku. “Ouh!! Masa aku sibuk ramai plak malaun nak mesej, masa aku tengah bosan semua hilang!” Aku mengomel sendirian sambil mengatur langkah kearah katil. Dengan perlahan aku menyelam di atas katil empukku. Ingatanku pantas melayang. Setiap hari mesti ada yang tak kena antara aku dan dia. Aku pun tak tahu di mana silapnya? Aku juga tak tahu apa salahnya. Salah aku ke? Salah dia? Entahlah. Mungkin kah aku benci dia??? Oh, tidak! Hatiku menjerit. Aku tak benci dia. Aku selesa dengan cara dia, aku gembira dengan lawak dia, pendek kata, aku suka semua tentang dia. Tapi kenapa aku dengan dia selalu bertikam lidah? Sentiasa terasa hati? Berjauh hati? Patah hati? Atau aku yang sudah jatuh hati?? Tak mungkin! Sekali lagi hatiku melontarkan rasa. Takkan semudah tu? Seawal tu? Pelbagai soalan muncul di benakku seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kalau dalam cerita kartun mesti atas kepalaku sudah di penuhi dengan tanda soal! Tapi satu pun aku tak mampu bagi jawapan. “ Ijad, kenapa kau hadir dalam hidup aku? Kenapa kita di pertemukan? Apa makna semua ni??” Hatiku bertanya sendiri untuk kesekian kalinya. Siapa menyangka, siapa menduga, perkenalan di alam maya telah memperkenalkan aku dengan seorang lelaki yang amat sukar untuk di fahami apatah lagi untuk di mengerti. Tiada istilah serius dalam hidupnya. Aku pun tak pasti samada dia manusia normal atau pun bunian. Pada aku, dia lelaki yang tiada perasaan. Mungkin sebab tu aku dan dia selalu bertekak. Yelah, manusia dengan bunian mana sama. Ejaan pun dah lain. Aku tersenyum sendiri. Sudah hampir tujuh bulan aku mengenali dia namun tidak pernah bersua muka. Betul ke aku ni? Kawan dengan orang yang aku tak kenal? Kalau dia betul-betul bunian macam mana? Em..mungkin dia bunian moden? Yang tahu melayari internet? Yang mampu ym? Yang mempunyai friendster? Moden ke mereka di alam bunian? Sama macam kita? Tak masuk akal je? Teringat kembali peristiwa tiga bulan dulu.

****

Sedang aku kusyuk menunggu bas tiba-tiba aku menerima mesej daripada dia. Dia sedang enak memerhatikan aku dari jauh. Aku dengan sepantas mungkin memandang di sebelah kiri dan kanan ku. Kereta tu?? Em.. Tak salah lagi. Ijad, Ijad.. Tadi kata tak nak datang? Si degil! Untuk sekian kalinya aku menerima mesej darinya lagi..

Wa.. Aku g tempat ko k?“

Si gile ni wat hal dah. Nak datang dekat aku? Kerja gile namanya! Malu aku! Aku memandang sekeliling, dah lah orang ramai. Aku membalas mesej dengan perlahan..

Tak payahla. G la balik. Aku pun da nk nek bas..“

Jauh di sudut hati aku, ada satu suara yang entah dari mana datangnya aku pun tak tahu mengutuk tindakan aku. “Apa salahnya kau jumpa dia? Tak da perasaan la kau ni. Dia bersusah payah datang, kau buat macam ni? Korang kan kawan, sampai bila nak berteka-teki macam ni Wany? Sampai bila kau nak lari?? Ouh!!! “Sorry ijad! Aku belum bersedia. Maafkan aku.” Jangan tanya aku kenapa kerana aku sendiri tiada jawapannya. Aku takut untuk memikirkan sebarang kemungkinan, aku takut untuk berhadapan dengan kenyataan, aku takut untuk memulakan kerana aku khuatir aku tak mampu untuk menghadapi akhirnya kisah kita. Biarlah masa menentukan segalanya, kerana aku pasti hari untuk kita akan muncul suatu ketika nanti. Bila? Aku pun tak tahu. Bukankah aku mengenali kau kerana takdir? Biarkan takdir menentukan kisah kita. Aku lebih senang begini. Aku sentiasa terfikir, apakah akhirnya kisah kita? Tapi setiap kali itulah aku buntu memikirkan jawapannya. Dengan perlahan aku melangkah, menghilangkan diri ke dalam bas.

****

Ouh! Tidur lagi bagus daripada fikirkan mamat gila tu! 24jam sakitkan hati aku. Ada ke patut dia kata aku ni tak macam perempuan? Dah banyak kali cakap nak berubah tapi sama je? Cakap tak serupa bikin? Dia ingat dia bagus sangat agaknya! Tapi betul ke aku macam tu??” Ouh! Aku mengeluh lagi. Aku memejamkan mata, mengosongkan minda. Cuba untuk tidur. Tut..tut.. Mesej?? Aku memandang jam di tangan. Pukul 1 pagi?? Aku mencapai telefon bimbit di tepi bantal. Ijad????

Slm. Mrh aku lg ke? Sorry sal smlm waAku xde niat nak sakitkan hati kau. Aku tengah marah. Aku tak sedar apa yang aku ckp. Ko mrh aku ke? Aku mintak maaf k??

Arghhh! Senangnya? Buat salah minta maaf. Bukan nak belajar dari kesilapan. Aku mengambil keputusan untuk berdiam diri. Rasakan! Selang beberapa minit kemudian. Terdengar deringan telefon. Ouh! Mesti mamat tu call. Aku buat bodoh. Biar dia tahu sikit jaga hati orang, biar dia belajar hormat orang. Mesti dia ingat aku dah tidur. Biarlah. Nanti hati aku dah sejuk, aku mesej la dia. Aku berkata-kata sendiri.

Wa..mrajuk ke? Janganlah macam ni.. jawablah hp.’

Merajukkah aku?? Jauh hati mungkin? Biarlah. Aku perlukan masa untuk redakan rasa marah dalam hati aku. Tapi betul ke aku marah dia? Aku memejamkan mata dengan harapan aku dapat tidur selena-lenanya. Jauh di sudut hatiku meronta-ronta mendesak aku membalas mesej itu tetapi akal warasku pantas mematikan niat itu.

Tanpa aku sedar, sudah seminggu aku dan dia tak berhubung. Aku sengaja tidak membalas mesej dan menjawab panggilannya. Sungguh, aku terasa hati dengan kata-katanya. Aku bersiap seringkas mungkin. Nak balik kampung. Hatiku melonjak girang. Terbayang di birai mata wajah keluarga dan kampung halaman yang aku rindui selalu. Waktu menginjak pergi. Aku sudah pun berada dalam bas. Tiba-tiba aku merasa perutku sakit. Sakit teramat sangat. Aku selalu sakit begini tetapi hanya waktu aku period. Period??? Aku period ke?? Aku terdiam. Confirm aku period. “Ouh! Macam mana ni? Mana aku nak cari pad dalam bas ni?” Aku berusaha menahan sakit. Aku cuba memejamkan mata dengan harapan sakit akan hilang dan bila aku sedar dari tidur, aku sudah sampai di stesen bas. Tapi mustahil! Sekarang bas baru sampai sempadan kuantan. Ouh! Aku mengeluh kasar. Mamat di sebelahku telah lena di hanyut mimpi. Untuk kesekian kalinya aku mendapat mesej daripadanya lagi.

Slm. Waaku minta maaf kalau aku terkasar bahasa dengan kau. Aku x maksudkan apa-apa. Kau dah tak nak kawan dengan aku lagi ke? takpelah. Aku tak paksa. Assalamualaikum.’

Sayu pulak hati aku membacanya. Entah kuasa apa yang meresap dalam hati aku pun aku tidak tahu. Dengan pantas aku membalasnya.

Slm. Takde ape2 lah. Aku Cuma perlukan masa.’

Emm.. xcukup ke aku bagi kau masa seminggu tu?’

Aku terdiam sejenak. Aku cuba menukar topik perbualan kami.

Entah! Ko tak balik kampung ke?

Esok pagi. Kau?’

Dalam bas. Baru sampai terminal Kuantan.’

Tidak sampai seminit, aku menerima mesej darinya.

Kau naik bas apa? Aku pun dekat Terminal ni. Hantar kawan aku naik bas balik kampung. Kau tunggu, aku cari kau..’

Hah????????? Terjojol mata aku membaca mesej itu. Si gila ni buat hal lagi dah. Nak jumpa aku? Dalam keadaan macam ni? Gila! Tidak! Aku tak boleh jumpa dia, aku tak kan jumpa dia, aku tak mampu jumpa dia! Hatiku nekad!

xyahla. Bas da nk gerak..’

‘x. bas ko x gerak lagi, tp ko yg xnk jupe aku kn???’

bukanla. Aku xmo sshkan ko. Da mlm sgt. balik la..’

ak xrse ssh pun..ak nk jpe ko. Dpt tgk jap pn xpela..pls???’

xyahla..jgn desak aku!’

Aku menekan-nekan perut yang memulas. Sakitnya!!!!!!! Ouh! Aku tak pakai pad ni takpe ke?? Nanti bocor macam mana? Bukan bas aku, ape ade hal? Minta tolong Ijad belikan pad?? Arghhh! Idea gila! Biar aku tahan sakit ni sendiri! Aku tak nak terhutang budi pada dia. Aku memandang sepi sekitar terminal.

“Aku tengah kat traffic light ni jap tau.”

Aduhhhhhhhhh! Aku nak buat apa ni?? Aku semakin kalut memikirkan sebarang kemungkinan. Inikah masa untuk aku jumpa dengan dia??? Untuk sekian kalinya aku berdalih lagi.

“Tak payahla Ijad. Kejap lagi bas ni gerak dah. Kau tak payahla nak susah2 sebab aku lagi.“

“Aku nak jumpa ko. Kejap pun takpe lah. Pls? Aku tengah cari parking ni.“

Ouh!!!!!!!!! Ijad.. Kenapa lah kau suka sangat psiko aku? Kenapalah suka sangat buat aku serba salah? Buat aku tak tentu arah? Ouh!!!

“Ijad.. Balik lah. Aku belum bersedia untuk jumpa ko lagi. Maafkan aku. Ko balik lah. Jangan desak aku...“

“Em.. Ok. Aku balik..“

“Ijad, marah aku ke??“

Untuk sekian kalinya. Aku rasa bersalah lagi. Teruk sangat kah aku? Ouh! Aku tak boleh jumpa dia. Aku tak biasa jumpa dengan orang yang aku tak kenal. Aku kekok! Tapi sampai bila? Tak jumpa, sampai bila pun takkan kenal. Aku buntu! Bas bergerak perlahan meninggalkan terminal. Meninggalkan Ijad juga… Entah bila dan pukul berapa aku terlena dengan lenanya. Aku membuka mata sebaik sahaja mendengar azan subuh. Aku memandang ke sebelah, kosong! Aku memandang di sebelah kiriku, masjid! Patutlah dengar azan. Aku tersenyum sendiri. “Bagus juga bas ni. Waktu Subuh singgah kat masjid.” Hatiku memuji. Sepantas itu aku teringatkan Ijad lagi. “Dah bangun ke dia? Dah solat ke? Kalau dulu, kejutkan Ijad bangun untuk sembahyang subuh sudah sememangnya menjadi rutin harianku. Kenapa sekarang aku tinggalkan rutin aku tu pun aku tak tahu. Aku tak mahu dia terlalu rapat dengan aku, mungkin? Aku nak dia belajar hidup tanpa aku, pasti! Aku tak mahu dia rasa teramat sakit jika suatu masa nanti aku bukan lagi kawan dia, jika suatu hari nanti aku tiada lagi bersama dia, jika suatu ketika nanti aku tinggalkan dia. Tinggalkan dia? Mampukah aku? Ouh! Maafkan aku Ijad. Aku tak sepatutnya hadir dalam hidup kau, aku tak sepatutnya wujud dalam hati kau, aku tak sepatutnya mengenali kau, aku tak sepatutnya serapat ini dengan kau. Maafkan aku!! Aku memandang sepi hp ku. Patutkah aku kejutkan dia? Hatiku bertanya lagi. Tak boleh! Aku tak boleh terlalu rapat dengan dia. Pantas niatku mati di situ sahaja.. Untuk sekian kalinya, aku terlelap lagi…

Sebaik sahaja kaki melangkah turun daripada bas, kelihatan satu-satunya lelaki yang aku rindu, teramat rindu tersenyum memandangku dari jauh. Pantas kakiku mengatur langkah ke arahnya. Aku menghadiahkan senyuman paling manis buat ayahku, lantas tanganku menyalami tangannya, sepantas kilat pipi tua itu ku cium. Sungguh, aku rindu! Aku memandang sepi wajahnya. Macam mana lah hidupku tanpa dia? Mampukah aku? Sedangkan sayangku padanya tidak terkira banyaknya? Tidak terhitung bilangannya? Ouh! Ayah..jangan tinggalkan Wany. Hatiku menjerit. Alangkah bagusnya kalau aku pergi dahulu sebelumnya, aku tidak perlu melalui hidup tanpa dia, aku tak perlu melakukan semuanya tanpa dia. Apa yang pasti hidup aku tak sunyi dengan jenaka dan kata-kata semangat darinya. Sayang ayah. Sayang sangat! Setiap kali aku memikirkan kemungkinan itu, setiap kali itulah air mata ku akan membasahi pipi. Aku tahu, lumrah dunia. Setiap sesuatu yang bernyawa pasti akan mati. Mati??? Aku tak sanggup hidup tanpa dia. “ Ai.. Baru sampai, takkan dah rindu orang Melaka kot?“ Pantas aku tersedar dari lamunanku. “ Mana ada. Ayah ni, saja je tau?“ Aku melangkah ke dalam kereta. Aku mampu melihat dengan jelas senyuman di bibir ayahku. Gembira! Yelah, anak kesayangan di depan mata. Perjalanan ke rumah di penuhi dengan cerita dan gelak tawa. Sungguh! Ia mengubat rinduku kepada ayah. Sebaik sahaja sampai di rumah, aku menghempapkan badan di atas tilam. “ Bestnya!! Tilam kat rumah seribu kali lebih baik dari tilam dekat hostel tu. Naik kematu badan aku kalau tidur lama-lama.“ Ouh! Aku mengeluh sendiri. Kedengaran suara mak riuh rendah di ruang tamu. Bising! Barangkali sedang merungut betapa teruknya perangai anak daranya yang satu ni. Balik rumah cari tilam. “Hehehehe. Relaks la, tak rempit la mak ni. Muda hanya sekali.“ Aku menjawab dalam hati. Aku tersenyum lagi. Selang beberapa minit, aku hanya mampu melihat bintang-bintang. Sudah ke planet mimpi pastinya.

Kring..kring..kring..

“Ouh! Siapa plak kacau tidur aku ni???“ Aku menjawab panggilan dengan rasa mengantuk yang teramat dan malas!

’Hello..Siapa ni??’

“Aku la.. Ijad. Kau dah sampai kat rumah ke?“

“Emmm.. Da. Tengah tidur la. Mengantuk gila ni kot!“

“Tidur?? Kau tengok jam pukul berapa?“

Aku memandang jam di tangan dengan pandangan malas. Pukul 5 petang? Gila! Aku tidur ke mati ni?

“Em..Penatla.“

“Bangunlah. Da lewat sangat. Tak elok tidur.“

“Yelah. Kejap lagi aku bangunlah. Kau kat mana ni?“

“Baru sampai rumah..“

“K lah, aku nak mandi, sembahyang, makan.. Laparrr“

“Ko tak puasa ek?? Eee! Puasa tak penuh tak boleh raya! Hehehehe”

Ouh! Aku mengeluh kasar. Saja je nak cari pasal dengan aku mamat ni. Sehari tak sakitkan hati aku, tak boleh hidup agaknya!

“Kalau sehari kau tak sakitkan hati aku, mati ek?“

“La..aku cakap je. Betul kan? Ko tak puasa ek?“

“Ouh! Dah la malas layan kau! Assalamualaikum“

“Tengok? Cakap sikit merajuk. Gurau je lah. Kata gile-gile tapi sikit-sikit merajuk. Dulu k je, sekarang sensitif plak!“

Aku termenung sejenak. Betul ke dulu aku lain, sekarang aku lain? Sensitif ke aku?? Em..tanpa aku sedari. Aku mematikan talian. Untuk kesekian kalinya hp aku memekak lagi minta di jawab. Siapa lagi kalau bukan Ijad. “Arghhh! Setakat telefon nak sakitkan hati aku baik tak payah!“ Hatiku menjerit bengang.

Aku melangkah ke ruang tamu. Belum sempat aku menapak jauh tiba-tiba..

“Hey, Tuan Puteri intan payung bucuk-bucuk! Senja macam ni baru bangun tidur? Patutlah takda orang nak, tak laku!“

Eeeeeeeeeeiii! Sakitnya hati. Kenapa semua orang nak cari pasal dengan aku ni? Abang aku ni memang! Kalau dia ada kat rumah, kerjanya menyakat aku. Bukan sambilan tapi full time!

“Tolong sikit! Perbetulkan ayat anda. Bukan takda orang nak, tapi I yang tak nak, bukan juga tak laku tau? I muda lagi, orang yang cakap tu da lanjut usia dah. Jangan kata nak nikah, calon pun tak da lagi kan? Dia yang tak laku, mengata orang pulak!

Buah durian,

Buah manggis,

Mengata orang,

dia yang lebih!“

Betul ke pantun aku tu? Arghh! Bantai jelah asal boleh. Janji bunyi sama sudah. Aku tergelak dalam hati.

“ Eleh, nak cover la tu. Padahal dah malu.”

Kedengaran gelak tawa memenuhi ruang tamu. Aku berlagak selamba. Malas melayan! Aku memandang sekeliling. Bapak dia! Ramainya. Rombongan Cik Kiah ke apa ni? Semua ada! Aku berfikir sejenak. Em.. Patutlah. Esok raya. Hehehe. Mentang-mentang tak puasa, lupa! “Dik, tak cukup makan ke kat Melaka?” Kedengaran suara kakak ku yang amat aku sayangi bertanya. “Kenapa???” Aku membalas dengan pertanyaan. “Makin kurus! Tak cukup duit ke?? Nak kena tambah elaun?” Aku tersenyum. “ Taklah, diet! Sekarang dah pandai main tennis tau? Kalau tak main tennis turun tasik, jogging!” Suasana di ruang tamu yang tadinya riuh rendah tiba-tiba sunyi! “Wany main tennis? Jogging?? Menakjubkan! Book of records! Sejak bila???”“ Kakak ku bertanya lagi. Sejak Wany kenal Ijad! Hatiku meluahkan kata. Yup! Sejak aku kenal dia aku mula belajar untuk main tenis. Aku memang minat tenis Cuma tak berkesempatan untuk mencuba. Sekarang, aku sudah mampu untuk memukul bola tenis kerana setiap petang mesti ada yang baik hati mengajarku cara untuk main tennis dengan betul, bukan orang lain, pensyarah dan kawan-kawan aku jugak! Terima kasih semua. Terima kasih jugak kepada roommate aku yang baik hati meminjamkan raket untuk aku main. Thanks dik! Aku puas bila dapat pukul bola. Terasa macam aku memukul dan mencampakkan jauh segala masalah aku pergi, pergi jauh meninggalkan aku! Lega! “Alah.. Main suka-suka jelah. Pelik apa nye? Bukan masuk SUKMA pun! Setakat pukul bola je, bukan payah sangat.” Aku cuba menjawab kebingungan mereka dengan selamba mungkin. “Yeker? Bukan sebab ‘si dia’ suka main tenis??” Tambah abangku yang sedari tadi tak reti diam mulutnya! “Ada jugak yang nak kena sumpah jadi bisu kejap lagi ni.” Aku merungut dalam hati. Kalau terlepas mati. Aku amat berhati-hati dalam menuturkan kata-kata jika bersama keluargaku, hormat! “Mana ada!! Pandai je! Orang main suka-suka jelah. Teman roommate, dia takda kawan nak main. Tadi kata orang tak laku. Orang tak laku mana ada ‘si dia’.pe r!” “Kalau tak da, relaks la. Nampak sangat gabra. Tengok pipi tu, merah dah.” Serta merta tawanya pecah. Siot je! Ayat tak boleh blah! Aku meraba pipiku, merah ke? Aduhai! Relaks la wahai hati. Aku berlagak selamba bagi menutup hati yang berdebar seperti hendak terkeluar dari dalam dada. Aku terdiam. Mati kutu! Aku menjeling geram! Kantoi mati aku! Malu! Aku memandang ayah yang hanya senyum mendengar celoteh anak-anaknya. “Em. Ok jugak tu. Daripada tidur je manjang. Nak raket tak? Baik beli sendiri daripada pinjam. Kan?” “Em.. Tak payahlah. Lepas ni tak main jugak. Nak main kat mana? Kalau rumah kita ada court tenis boleh lah beli, kalau tak, membazir je!” Aku cuba berbasa-basi. Raket tenis sendiri? Aku sudah membayangkan betapa gembiranya aku. Aku sudah membayangkan angan-anganku jadi realiti.. Raket hari tu? Yes!! Hatiku menjerit girang! Sabar. Sikit hari je lagi Wany. Hehehe “Tahu tak pa. tak payahlah nak manjakan sangat si Wany ni. Semua yang dia nak korang bagi. Elak naik lemak je budak ni nanti. Membazir je!” Abangku yang sulung tiba-tiba menyampuk setelah sekian lama berdiam diri. Semua terdiam. Aku menjeling geram! Muncungku sudah panjang sedepa. Mahunya tidak, impian aku bakal musnah. Ouh! Sama macam Ijad! Nampaknya, impian aku nak dapat raket tu dah makin tipis. Teringat lagi sewaktu aku keluar untuk membeli bola tenis. Pandanganku tertancap pada raket yang tergantung di hujung sports centre tersebut. Kaki ku laju mengatur langkah menghampirinya. Cantiknya!! Warna putih, di tepinya di serikan dengan warna pink dan purple. So nice! Kalau aku dapat ni, aku buat peluk tidur! Hehehe. Aku menyatakan hasrat aku untuk membelinya kepada Ijad tapi.. Akhirnya aku balik dengan rasa kecewa. Ouh! sama macam abang aku! Kenapa aku asyik teringatkan dia ni?? Banyaknya kenangan aku dengan dia? Sampaikan semua benda aku buat ada kaitan dengannya? Ouh! Tanpa ku sedar, keluhan kasarku di dengari oleh mereka yang berada di situ. Aku mengangkat muka, serentak itu kakak ku tersenyum. Don’t worry my dear sis. I’ll buy it for U, special for U.” Sebaik sahaja habis ayatnya, aku menjerit girang! “Yahooo!” Senyumku sampai ke telinga. Aku tahu, kakak aku takkan menghampakan aku. Best gile! Ada kakak macam ni. Dah lah caring, tak kedekut pulak tu. Thanks my love sis! Abangku mendengus geram. Tak puas hati dengan cara akak melayanku barangkali? “Sorry la brader, my sis loves me more than others! Ayahku Cuma menggelengkan kepala. “ Bila lah nak matang? Umur dah 21 tahun tapi macam budak-budak! Tadi masam mencuka, sekarang bukan main gembira!” Aku terdiam. Berfikir sejenak. “Dik, petang ni buat siakap masak sweet and sour, boleh? Dah lama teringin nak makan.” Suara abangku mematikan lamunanku. Ceh! Tadi bukan main kenakan aku, sekarang suruh aku masak pulak! Tak malu!! “Malas!“ Aku bangun dan menghadiahkan senyuman paling manis untuknya. „Padan muka! Lain kali jangan cari pasal dengan pakar masak! Kan dah kempunan.“ Hatiku berkata-kata dengan berlagak dan riak. Aku bergerak ke dapur, lapar! Hehehe

***

Masa berlalu pantas. Aku sudah kembali ke asrama. Ijad?? Macam tulah. Kejap gaduh, kejap baik. Mana lagi banyak??? Gaduh kot? Tapi kenapa macam tu? Aku pun tak tahu! Dia yang tak faham aku? Aku yang tak faham dia? Bila aku tanya padanya, jawapannya tetap sama, tak tahu! Entahlah, aku buntu! Mungkinkah aku terlalu teruk pada matanya? Yup! Itulah yang aku nampak. Tiada yang baik pada aku di matanya, dia nak memuji aku? Jauh panggang dari api, nak mengatakan yang baik-baik pasal aku? Macam langit dengan bumi betapa jauhnya, dia nak mengagumi aku? Sampai kiamat pun belum tentu! Kata Ijad, aku tak payah, fikir bukan-bukan, aku tak perlu fikir banyak! Cukup dengan hanya aku ingat satu perkara, susah payah dia untuk rapat dengan aku. Walaupun bertongkat, dia sanggup keluar untuk online semata-mata nak ym dengan aku. Pada masa tu, soal sakit di tolak jauh-jauh, betapa susahnya dia nak dapatkan no hp aku, ada jugak kawan-kawannya memanggilnya mamat ym sebab nak main futsal pun dia usung laptop! Bila dah dapat nombor hp aku, dia mesej tapi aku tak layan. Dia cuba lagi sampailah sekarang terlalu banyak yang di kongsi bersama. Sampaikan aku lupa, apa yang aku tak kongsikan dengan dia. Sungguh! Aku kagum dengan usaha dia yang tak putus-putus untuk berkawan dengan aku, kesabaran dia menunggu aku memberikan peluang untuk dia lagi rapat dengan aku, kesungguhan dia untuk mendapatkan nombor hp aku dan keyakinan dia yang teguh kerana pernah suatu ketika dulu dia menyatakan padaku bahawa dia yakin aku akan bagi nombor hp aku padanya. Sekarang? Apa yang dia dapat berbaloi dengan usaha dia. Aku menghargainya Ijad! Tapi boleh pakai ke kata-kata dia? Entah! Aku pun tak tahu. Pada aku, aku dan dia adalah dua orang yang amat berbeza. Saiz badan? Sudah semestinya! Dia seperti gergasi! Maklumlah, budak tenis. Tinggi, tinggi sangat! Aku? Macam Jack! (dalam cerita Jack and The Beans) Pendek! Paras pinggang dia je kot? Ouh! Kadang-kadang aku cemburu melihat orang yang tinggi lampai. Nampak cantik! Macam Anis? Yup! Adik Ijad. Pelikkan? Aku sudah mengenali adiknya tapi belum pernah berjumpa abangnya yang sudah berkawan, bergaduh dan bertekak dengan aku sejak berbulan-bulan lamanya! Tapi bak kata kawanku yang setia, biar tak tinggi janji ada muka. Ada muka ke aku ni?? Kalau takda muka, bukan orang namanya Wany oiiii! Memang sudah menjadi tabiat manusia, tak pernah puas dan sentiasa cemburukan kelebihan orang. Aku tidak terlepas daripada perasaan itu. Apa-apa pun, aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Sempurna! Itu sudah memadai. Perangai aku dengan dia lagilah berbeza. Degil? Yup! Teramat degil. Terutamanya tentang futsal. Sudah berpuluh kali aku ingatkan, main elok-elok. Jangan sampai injured. Tapi tiap kali itulah injured! Kaki sakit pun main futsal lagi. Jarang sekali aku dengar dia injured sebab tenis tetapi acap kali aku dengar dia injured sebab futsal. Apa kelebihan futsal? Sampai berpuluh kali injured masih lagi gila nak main? Tenis lagi ok! Aku lagi suka dan gembira kalau dia main tenis! Sebab aku dah terlalu ramai kawan kaki futsal tetapi aku hanya ada dia yang kaki tenis dan yang paling penting tenis tidak akan buat dia sakit seperti dia main futsal. Kenapa aku risau sangat dia sakit ke tak?? Apa-apa pun dia yang tanggung, diri dia, aku sibuk kenapa? Siapa aku? Em.. Betul jugak! Lama-kelamaan aku mula belajar untuk menerima hakikat. Ijad pernah cakap dia takkan tinggalkan tenis, sebab tenis adalah hidup dia, tapi dia juga tidak akan tinggalkan futsal sebab futsal adalah minat dia. Aku pegang kata-katanya sebagai janjii, aku menghormatinya dan menerima segala baik dan buruknya dengan hati terbuka. Kalau betul begitu, kenapa mesti aku dan dia sentiasa bertekak? Macam anjing dan kucing? Entah! Aku pun tak tahu kenapa. Jangan tanya aku wahai hati kerana aku sendiri tak mengerti apa yang sedang aku lalui.

****

Aku melihat jam di tangan. Pukul 11.30 pm. Awal lagi ni, kalau dapat ym best jugak ni. Aku mencapai hp.

“Ijad, ym jom?”

Tidak berapa lama kemudian, dia membalas..

“ Boleh jugak.”

“Okey. Aku kena pergi bilik Ecah kat blok sebelah. Kat bilik aku tak dapat online. Ouh! Tak larat nak menapak, bilik dia aras 3..“

“Alah.. Bukan selalu kan?“

“Em.. Yelah.“

Aku menapak ke bilik Eca di temani Kak Aja. Sewaktu aku sampai di bilik, Eca sedang ym, dengan kawan-kawannya. Tanpa membuang masa, aku menjejaki jejak langkah Eca.

“Mana ko? Tak online pun?“

“Ko online dulu, aku lambat sikit. Lagi 1 jam aku online k?“

Kepala otak dia! Penat aku menapak nak suruh aku tunggu lagi satu jam???? Sabar..Sabar..

“ko nak g mne?“

“Aku nak main futsal jap. Aku dah janji dengan kawan aku.”

“Keling!!!!!! Tadi beria suruh aku online. Sekarang?? Penat aku menapak ni tau? Ingat aras 3 rendah ek? Suka buat aku angin! Tak nak aku tunggu! Lama gile!“

“Alah.. 1jam bukan lame sangat. Ko ym la dengan sape2 dulu. K?

“Banyaklah ko! Aku nak lik! Penat sial, menapak! Sia-sia je tau?“

“Em.. Tak nak tunggu tak pe lah.“

“Ok. Aku tunggu sharp 1 jam. Kalau ko x online, aku blah.“

Setengah jam kemudian..

“Wa.. Aku da balik“

“Tau. Nampak. Kata 1 jam?“

“Aku balik awal. Tak g men apa plak kate mmbe2 aku nanti.“

“Thanks..“

Tiba-tiba rasa bersalah menghantui diri. Aku terukkan? Suka marah-marah. Sedangkan dia? Berusaha untuk puaskan hati aku. Ouh!

“Sape ade kat situ?“

“Eca, Ain, Kak Aja n mariam. Nape?”

“Ramainya? Dorg xde bilik ke? Ke ade party mlm ni?hehehe Xde pe2 saje tanye.”

“Aku yg buat semak kat bilik dorg k. Ko ni, mulut xde insurans tau????“

“Aku men2 jelah..“

“Tau da. Nyet, thanks ek? Ni kali pertama kite ym untuk sem ni. Kan?“

“Em2. ko da mam?“

“da kul 2 lbey la. Soklan 2 da xsesuai. Pe la ko ni.“

“Hahaha. Nyet, aku jeles ngan ko..“

“Nape?“

“Ko dpt anugerah 2. walaupun ko xshare ngn aku. Thanks 2 daus sbb ckp kt aku..“

“Nasib jelah..“

“xkan nasib. Kecik ati kau, ko x ckp kt aku.. aku ngn ko jauh berbeza. Segan lah nak kwn ngn ko..“

“xde ape la. Ak biase je. Ak x bangga pun.“

“em.. “

“Bila ko nak lik bilik? Dah lewat ni??“

“Jap lagi la..“

“Balik sekarang aku cakap. Dah lewat la. Ko 2 perempuan.“

“Aikkkkkkkkk??? Tak pernah pun risaukan aku sebelum ni? Tiba-tiba ko risau?Pelik!”

“ Aku mg selalu risaukan ko. Saje tak tunjuk.”

“Bagus lah. Nanti xdelah payah sgt nk tgglkan ko kalau ko xriso kan aku..”

Eh?? Ape aku ckp ni? Biar!

“em.. G la balik.“

“Ko halau aku? Xnak ym ngn aku ckp jelah..“
“Bukanlah. Lmbt sgt da ni.. bahaya.. T kite msj k?“

“ Da r!!!!!!!!!!!!“

Aku matikan latptop. Bengang! Ouh! Langsung tak hargai aku. Terima kasih pun tak, menghalau aku ada la. Ouh!!! Tak pernah nak hargai aku. Sakit hati betul! Aku bergerak perlahan meninggalkan bilik Eca. Sampai kat bilik aku menghempaskan diri ke atas katil. Panas!!! Aku mencapai hp. Saje! Dah lama tak cari pasal.

“ Aku dah sampai bilik. Xyah risau lagi. Puas hati???“

“Em? Baguslah. Dah nak tidur ke?“

“Lom. Tq coz risaukan aku td.“
“Em. Ko kan kwn aku.“

“Tapi aku xlayak kawan dengan ko kan? Ko 1000 kali lebih baik daripada aku.“

“Nape ckp cm2?“

“Aku ngn ko jauh berbeza Ijad. Ko pandai, em..Cukup semua pakej. Aku? Ape ade??”

“Pada aku kite same je. Tu ko yg ckp, pada aku, kite same..”

“Tak! Kita tak same. Aku rase rendah diri n hina sangat. Aku x layak kawan dengan ko.“

“k lah, aku xsuke kwn aku rase hina kawan ngn aku. Mebi kite xde jodoh untuk kwn lagi. Mebi kite kwn hanya samapai cni je. Ko xyah kawan ngn aku lagi pasni.“

Ya Allah! Apa aku dah buat ni?? Apa yang aku melalut ni? Sampai macam ni Ijad cakap kat aku???

“Apa ko merepek ni????“
“Aku tak nak ko rase hina kawan dengan aku. Aku xsuke!“

“ Semudah 2??
“Em.. Aku xnak ko rase hina..“

“Ko betul-betul taknak kwn ngn aku lg?“


Ouh! Aku mengeluh kasar. Hatiku? Hancur? Remuk? Inikah ending cerita aku dan dia?? Yang aku nanti-nantikan?? Yang aku tunggu-tunggu?? Orang dah tak nak kawan Wany. Takkan kau nak terhegeh-hegeh pulak?? Kalau itu keputusan dia, kau kena terima dengan hati terbuka! Siapa kau nak paksa dia kawan dengan kau?? Siapa kau nak mendesak dia? Nak merayu pada dia? Oh, tidak! Itu tidak boleh berlaku dan tidak akan aku biarkan berlaku. Ego kah aku? Tak! Kena jual mahal.

“Ok. Kalau tu keputusan ko. Aku terima dengan hati terbuka. Maafkan aku andainya selama ini, aku sakitkan hati ko, aku terkasar bahasa, halalkan apa yang terambil dan tak sepatutnya. Maafkan aku dan aku maafkan semua kesalahan ko pada aku. 22.12.09 habislah kisah mr_ijadd dan inouewawa. Peace“


Aku termenung seketika. Betulkah apa yang sedang berlaku ni? Aku dan dia bukan

kawan lagi? Aku dan dia dah terputus hubungan? Salah aku ke? Salah dia? Ouh! Senangnya? Rasa baru tadi aku kenal dia, rasa baru semalam aku bertekak dengan dia!

Sungguh, aku belum puas merasai keseronokan dan kegembiraan sebagai kawannya!

“Dah tak de jodoh kite untuk kwn lagi wa..“ aku teringatkan kata-katanya. Ouh! Dulu bukan main susah payah nak kawan dengan aku, bila dah dapat macam ni pulak! Tak sampai 10minit, semuanya habis! Tak sampai 10minit semuanya hilang! Hilang kawan, yang selalu menemani aku tika aku kebosanan, yang selalu ada bila aku perlukannya, yang selalu menjadi pendengar setia walaupun kadang-kadang amat menyakitkan hati, yang tak henti-henti menyakat aku dengan kepala giler dia tu. Arghhhhh! Tak nak fikirkan dia lagi! Aku bukan kawan dia lagi! Mampukah aku melupakan dia? Sedangkan semua benda akan mengingatkan aku pada dia? Mampukah aku?? ouh! Kalau sebelum ni aku boleh hidup tanpa dia, kenapa tidak sekarang?? “Dulu dia tak wujud lagi dalam hidup kau Wany. Dulu dan sekarang, dua situasi yang amat berbeza!“ Hatiku bersoal jawab sendiri. Ijad, senangnya kau putuskan persahabatan kita? Kau boleh hidup tanpa aku? Kau boleh lupakan aku? seumur hidup kau? Jadi betullah apa yang aku fikir selama ni? Kau memang seorang manusia yang tiada perasaan??? Atau aku yang terlalu ikutkan perasaan? Aku buntu! Hatiku terasa sayu sekali. Mungkin kerana aku dah terlalu rapat dengan dia? Setiap hari mesej, setiap hari ada je cerita yang nak di kongsi bersama. Menangis? Tidak! Aku takkan menangis. Dia lelaki, lelaki yang tak tahu menghargai aku, yang tak pernah sayang aku, yang tak pernah perlukan aku, yang hanya menganggap aku macam baju. Kenapa perlu aku menangis sebab dia?? Tanpa aku sedar, setitis air mataku gugur jua. Kenapa? Aku dah kehilangan seorang kawan takkan aku nak ketawa sakan? Takkan aku nak gelak sampai terkeluar anak tekak? Bukan sebab aku sayang dia? Sayang? Mustahil aku tak sayang dia. Ouh! Biarlah, kalau ini yang terbaik untuk aku dan dia, aku terima. Terima kasih Ijad kerana pernah hadir dalam hidup aku. Alangkah bagusnya kalau aku mampu putar balik masa. Sudah semestinya, aku akan lebih berhati-hati dengan kata-kataku. Aku tahu, dia tersentuh hati dengan apa yang aku cakapkan. Maafkan aku, aku tak tahu kita akan gaduh sampai macam ni Ijad. Maafkan aku..

****

Aku membuka mata perlahan-lahan. Tanganku mencapai hp di sebelah. Pukul 12pm? Gila! Tidur ke mati aku ni? Mesej?

“Wa..majuk lagi?“

Majuk? Aku gaduh dengan dia lagi ke?? Aku cuba mengingati apa yang berlaku semalam. Aku terdiam! Semudah tu? Dah putus kawan, dah buat aku menangis, sesenang tu? Aku membiarkan mesej begitu sahaja. Paggilan yang aku terima sepanjang hari sudah tidak terkira banyaknya. Aku hanya memandang sepi. Biarkan! Biar dia rasa. Tiba-tiba aku menerima mesej darinya lagi..

“Slm. Wa, aku ni firdaus. Ko gaduh dengan Ijad lagi ke? Ijad cakap gaduh besar. Betul ke?“

Ouh! Mesti si gila tu suruh Daus pujuk aku. Daus? Kawan Ijad yang sentiasa mesej dengan aku bila Ijad bermain futsal. Kelakar kan? Dia tak da masa untuk aku, tapi aku tetap berteman, tidak keseorangan! Macam mana aku nak lupakan dia? Ya Allah tolonglah aku...! aku membiarkan mesej itu. Untuk sekian kalinya..

“Takkan gaduh dengan Ijad, dengan aku pun tak nak mesej?“

Aku berfikir sejenak. Lantas mesej itu ku balas.

“Wslm. Pembetulan di sini. Bukan gaduh tapi putus kawan! Bukan taknak mesej tapi takda apa nak mesej ag. K lah Daus, tq cz mesej dengan aku sebelum ni.“

“relaks la Wany. Ijad tak sengaja. Dia minta maaf. Semalam dia terlepas cakap. Benda kecik je, takkan korg tak leh setel?”

“Kecik kepala otak ko! Dah ptutus kawan k. Dah lah. Aku dah maafkan kawan kau. Tapi tu takkan merubah apa-apa Daus.“

“Ko sayang Ijad kan? Dia cakap kat aku, dia sayang ko..“

Si Gile tu sayang aku? mengarut!! Dia mana ada perasaan. Aku membiarkan mesej-mesejnya begitu sahaja. Aku nak tidur.

Esoknya, perkara yang sama berulang lagi. Marah lagi kah aku padanya? Betul ke aku tak boleh kawan dengan dia macam dulu lagi? Hatiku bertanya sendiri. Jauh di sudut hati, aku sudah menerimanya kembali. Semudah tu? Sebab aku kenal Ijad aku, aku tahu aku juga bersalah, kalau aku tak mulakan ni semua takkan berlaku, kalau bukan kerana aku, Ijad takkan marah. Tapi kenapa aku tidak menjawab paggilan darinya? Saje! Aku nak tengok sejauh mana kesungguhan dia untuk dapatkan aku semula. Adakah masih macam dulu ataupun sudah jauh berubah? Atau perkataan paling tepat, aku takut aku cair dengan setiap kata yang keluar dari bibirnya! Sumpah, bercakap dengan Ijad di saat aku marah membuatkan semua rasa tu hilang begitu sahaja. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab kepala dia yang gile-gile? Mungkin juga sebab aku mudah tergelak dan ketawa? Mungkin sebab marahku padanya sudah lama hilang? Sebarang kemungkinan muncul tapi yang pastinya, kelemahan aku adalah apabila bercakap dengannya. Aku tak mampu nak sorokkan rasa hati aku. Setiap kali gaduh, setiap kali itulah aku akan mengelak menjawab panggilan darinya. Ending? 22.11.09 bukanlah ending aku dengan dia seperti yang aku sangkakan. Adakah hatinya sama dengan hatiku? Dia juga tidak mampu untuk tidak berkawan dengan aku? Atau perkataan lebih tepat, dia juga tidak mampu melupakan aku? Habis apakah ending cerita aku dan dia? Aku pun tak tahu. Aku dan dia di temukan kerana takdir, berkawan juga kerana takdir, akhirnya biarkan takdir yang tentukan. Aku dan dia, hanya mampu berkawan selama yang termampu. Aku tahu, suatu hari dia akan pergi, pergi jauh meninggalkan aku. Aku juga tahu, dia takkan selamanya dengan aku. Hidup dia seribu kali lebih baik dari aku. Sudah semestinya masa depan dia lagi cerah dari aku. Sebagai kawan, aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan dia, dunia dan akhirat. Sebagai kawan, aku kena terima segalanya dengan hati terbuka. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, kerana di setiap perpisahan itulah wujudnya kerinduan. Rindukah aku padanya nanti? Dia?Aku tidak mengharapkan apa-apa daripadanya. Aku tahu siapa aku, aku juga tahu aku tidak layak untuk dia. Pada aku, dalam hatinya Cuma ada seorang perempuan yang amat di cintai dan di sayanginya, kekasihnya dulu. Aku? dalam hatiku Cuma ada ayahku! Satu-satunya lelaki yang mampu membuatkan aku menangis tanpa henti bila dia menasihati aku, yang sentiasa aku peluk bajunya bila aku tidur dan yang sentiasa buat aku menangis bila rindu! Ouh! Ijad, bila kau pergi, macam mana dengan aku? Aku kena kuat! Kan Ijad? Kalau kau mampu hidup tanpa aku, kenapa tidak aku? Aku akan cuba sedaya upaya aku kerana aku tahu, kita tak selamanya bersama. Bila suatu hari nanti, aku sudah di miliki orang, takkan aku masih lagi hendak bersama dia? Sedangkan hukum Allah sudah menetapkan segalanya. Begitu juga dia. Tapi mengenali dia adalah sesuatu yang teramat indah. Jarang orang buat aku marah, seperti mana dia, jarang juga yang buat aku ketawa sebagaimana dia. Aku juga harap kau tak menyesal mengenali aku. Aku betul-betul tak sangka aku berkawan dan bertekak dengan orang yang tak pernah aku jumpa! Ingin sekali aku tahu, apa hikmah di sebalik semua ni? Kenapa aku dan dia di pertemukan? Berkawan dan bertekak? Jauh berbeza antara dia dan kawan-kawanku yang lain. Hidup ni unik! Ada juga orang kata, hidup ni terlalu panjang dan payah untuk orang yang selalu bersedih dan merintih, tetapi terlalu indah untuk orang yang tahu menghargai dan bijak menggunakannya. Di manakah kita? Tepuk dada, tanya selera! Aku takkan bersedih dan merintih jika ditakdirkan suatu hari nanti dia tinggalkan aku, sebab aku tahu, aku masih ada kenangan yang tiada tarikh luputnya! Terima kasih Ijad..